Seperti biasa.. hanya Dinie Irsyad jer kan yang joging..so gambar dia lah kita kena masukkan..
Bagiku…... kasih sayang dan cinta ianya satu perasaan yang begitu sempurna yang dimiliki secara semulajadi.. Anugerah Ilahi yang tidak ternilai…Dan apabila kita merasa kasih terhadap seseorang,biar dibebani pelbagai rintangan, disebabkan rasa sayang kepadanya, kita sanggup mengharungi..bak kata "lautan api sanggup ku renangi,gunung yang tinggi mampu aku daki "...
Monday, July 4, 2011
Joging lagi..aktiviti ari minggu
Seperti biasa.. hanya Dinie Irsyad jer kan yang joging..so gambar dia lah kita kena masukkan..
Tul ker...
Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?
assalamualaikum..
satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua
mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..dan
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~