Mari kita sahut seruan... kita akan menyertai lebih kurang 1 billion penduduk dunia dan lebih dari 35 negara. Usaha ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia untuk sama-sama menentang perubahan suhu dunia yag semakin meningkat. Caranya ialah dengan bersama2 memadamkan lampu selama 1 jam pada hari Sabtu 28 Mac 2009.. jam 8.30 malam hingga 9.30 malam..
Bagiku…... kasih sayang dan cinta ianya satu perasaan yang begitu sempurna yang dimiliki secara semulajadi.. Anugerah Ilahi yang tidak ternilai…Dan apabila kita merasa kasih terhadap seseorang,biar dibebani pelbagai rintangan, disebabkan rasa sayang kepadanya, kita sanggup mengharungi..bak kata "lautan api sanggup ku renangi,gunung yang tinggi mampu aku daki "...
Monday, March 30, 2009
Malam Gelap Sedonia..
Mari kita sahut seruan... kita akan menyertai lebih kurang 1 billion penduduk dunia dan lebih dari 35 negara. Usaha ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia untuk sama-sama menentang perubahan suhu dunia yag semakin meningkat. Caranya ialah dengan bersama2 memadamkan lampu selama 1 jam pada hari Sabtu 28 Mac 2009.. jam 8.30 malam hingga 9.30 malam..
Friday, March 27, 2009
bizi lagi di hujung bulan
Wednesday, March 25, 2009
ape ye...
Monday, March 23, 2009
Aktiviti sepanjang Sabtu dan Ahad

Nilah aktiviti yang aku buat sepanjang Sabtu dan Ahad baru ni... tidur,tidur,tidur..hahaha
Hari Sabtu petang baru keluar pi Setiawangsa.. hajat di hati nak carik buah durian.. teringin nak makan... sebab ape teringin????? mana ku tahu... Pasar Malam tu betul2 depan Jusco baru tu.. lepas pusing satu pasar malam, beli kuih bingka ubi 3 ketul dengan buah mangga 4 kilo.. alah yang 2 kilo RM5 tu.. ingat 2 kilo tu nak bagi kat Kak Zura..tak jadi beli durian sebab takut panas.... lepas tu terus balik.. malam dalam kul 9 lebih keluar pi kuaters guru kat SMK Seri Gombak.. asyik dok melayan baby Naim tu.. sambil tu tengok cite Derhaka Neraka.. Lam kul 12 malam baru balik.. lepas tu balik tengok cite ape ntah sampailah kul 2 lebih baru tidur...
Friday, March 20, 2009
Renungan Pagi Jumaat
MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim). Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Sabda Rasulullah, “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud).
Sabda Rasulullah bermaksud : “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Thursday, March 19, 2009
hepi besday dan hepi belated besday

Wednesday, March 18, 2009
Ala yang poyo.. gambar curik...
nasib baik tinggal gambar ni jer... aku yang bulat bila pakai tudung ni lagilah bulat
Masa pi pasar malam tu.. aku pnyalah nak tergelak bila dia plak yang pakai tudung kat kedai akak jual tudung tu.. siap telek cermin lagi... tu yang aku ambik jugak tu.. takperlah RM5 jer.. hari tu ambik warna coklat gelap nanti nak beli lagi warna hitam..tapi bila nak pakai pun aku tak tahu... beli jeeee.. tak mahal pun...
Thursday, March 12, 2009
John Tucker Must Die
Si hensem John Tucker..
Dalam cite ni ada 3 watak yang kena tipu dgn John Tucker (lakonan Jesse Metcalfe -yang berlakon dalam Desperate Housewife, budak yg bersihkan laman kat rumah Gabriella, dan seterusnya ada affair dgn Gaby tu)). John Tucker memang hensem dan sporty yg menjadi kegilaan perempuan2 disekolahnya. John ada pasang 3 org makwe iaitu Heather, Beth dan Carrie. Ketiga2 makwe ni dpt tau yg John telah men’tiga’kan mereka, setelah insiden pergaduhan di court tempat mereka berlatih netball. Bermacam2lah taktik mereka utk membalas dendam terhadap John ni tapi it ends up John masih disukai ramai dan makin popular.
Nilah 4 watak utama... tergedik2 tapi aku suka..
Salah aku ker?
Aku sebenarnya ada projek lain lepas Ala makan tu... nak tahu per...tengok kat bawah...
Tuesday, March 10, 2009
cuti lagi.. Hari Maulidur Rasul..

Semoga kita dapat menghayati perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam di mukabumi. Sambil itu marilah kita bersalawat bagi memperingati hari keputeraan baginda..
Lauk ikan talapia masak pedas.. ditemani telur dadar letak kicap..letak atas paper jer sebab makan depan tv..nak tengok citer hindustan ..
-----------------------------
Hari Ahad
Hidup berjiran... hari Ahad tu penuh dengan aktiviti bergotong royong memasak untuk menyambut Maulidur Rasul.. makan malam tapi memasak sebelah siang.. lepas masak untuk tengahari.. aku bergegas turun untuk membantu buat persiapan.. malam ni makan menu utama makan bihun sup ngan ayam goreng.. tapi bila dah masing2 menyumbang so, ada jugak pengat pisang, kek, buah epal, dadih dan macam2.. tapi memang best.. kat tempat aku ni ada 4 blok tapi yang ada sambutan tu kat blok aku je F04.. so tak buat kat surau sebab surau dekat dengan blok F03.. yang sumbangkan duit pun dari blok F04.. karang kalau buat kat surau yang tak berkaitan pun nak join makan sama.. tu yang malas..
Kalau ikutkan hati aku malas nak join.. tapi karang Ala cakap aku ni anti sosial... tapi ari tu berlaku sebaliknyer.. aku turun menolong dia plak sibuk dengan aktiviti memancing.. nak marah pun ada.. dekat2 kul 8 baru balik.. tak ke aku hangin malam tu.. balik lak bawak ikan talapia jer 3 ekor lagi.. kalau sepuluh ekor ok gak..
aku sempat lagi masak pedal goreng kunyit, singgang ikan tongkol dan goreng ikan talapia sebelum turun tolong masak untuk jamuan tu..
Malam tu sambutan Maulidur Rasul start dalam kul 9 lebih.. kitaorang hampar tikar kat tempat parking kete jer.. so duduk lah beramai-ramai kat situ.. lepas selawat ke atas Nabi Muhammad.. barulah ada makan2... tak sempat nak ambik gambar sebab aku takut nanti tengah orang berdoa terkejut ada flash lampu hpon.. karang ada orang terkejut ingatkan petir.. tapi nasib baik sepanjang hari tak hujan... dalam kul 12.30 pagi baru settle majlis... penat beb kena basuh pinggan, basuh cawan dengan orang2 veteran kat blok ni.. sambil bual sambil melatah..tu yang best.. ada jer yang terkeluar....perkataan2 yang tak sepatutnya disebut...tapi aku suker tau ngan diorang ni.. aku ingatkan aktiviti tapau-menapau ada kat opis aku jer.. rupanya kat blok aku lagi ramai minah tapau... makanan tak abis semua nak ditapaunyer.. termasuklah aku yang telah menapau satu bekas pengat pisang...jange marah..
Kuah sup sedang dimasak.. semua kat dalam blok.. tingkat 1 lagi.. cuba bayangkan
Gambar curik sebab tu tak clear.. aku takut diorang terkejut ...actually nak ambik gambar Ala tapi tak jelas lah plak..
Friday, March 6, 2009
Citer Hindustan faveberet aku..
Hum Dil De Chuke Sanam
Citer ni paling menitis air mata.. sedih cite ni.. asalnya Aishawariya bercinta ngan Salman Khan.. tapi famili Aishu ni tak suka Salman sebab Aishu dah dijodohkan dengan Ajay Devgan.. tergagap2 Ajay masa nak test suara depan bakal mentua.. Aishu berlakon jadi Nandini.. Salman jadi Samil.. Bila Nandini ni dah kawin ngan Ajay bila part nak buat hubungan intim suami isteri, Nandini menolak.. Ajay pun syak yang Nandini ni tak cintakan dia.. bila dia tanya, barulah Nandini cakap dia cintakan Samil dan nak carik Samil yang dah ada kat Itali.. Ajay pun bawaklah Nandini carik Samil.. Last2 bila tengok Ajay bersusah payah nak tolong Nandini sehingga kena tembak, barulah Nandini sedar yang suami dia saja yang dia cinta... aku x minat Aishu nie..the only filem yg aku leh accept lakonan dia..filem hum dil de chuke sanam..tuu pun part2 dia ngan ajay devgan jer..especially part dia mkn cili tuu..citer2 lain aku x minat langsung..
Kuch-Kuch Hota Hai
Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) this is the best filem ever yang aku penah tgk!! antara cinta dan persahabatan. Filem ni masa sekolah rendah lg. Tiap2 hari aku pasang video.. masa tu video besar..dok dalam kotak..sampai dah calar balar haha.. lagu2 dalam KKHH mmg semua best2. jarang kan kita tgk semua lagu dalam sesebuah filem tu best? slalunya ada 1 or 2 lagu ja yang best. tp filem ni semua best pastu Kajol dalam ni tersangatlah lawa. Aku paling suke watak budak lelaki yang pendiam and hanya keje dia asyik kire bintang je.. lepas tu time Shahrukh nak ucapkan I Love U kat Rani tapi guna Kajol.. Kajol lak tersalah faham.. adush sedih gila part tu.. lagi satu masa Anjali anak Shahrukh tu hilang, time Shahrukh nak cakap Anjali kembalilah .. kat depan tv Kajol plak berlakon watak Anjali tertengok tv tu tersentak dia.. sedih gak part tu.. lepas tu bila time Shahrukh jumpa Kajol dah pakai baju perempuan.. angin serta merta tiup bagi nampak badan Kajol..ingat lagi.. sampai last tak jadik nak kawin tup tup bila pi majlis kawin Kajol ngan Salman Khan, Shahrukh pulak yang dapat Kajol.. best...
Mujhse Dosti Karoge
Berpuluh-puluh kali aku tengok cerita ni. Setiap kali tengok mesti nangis. Citenya touching habis. Lagu-lagu dalam filem pun best-best belaka. Lagu yang aku paling suka tu 'Mujhse Dosti Karoge' dan nada masa kat gereja tu... Aku siap cari lagi lirik lagu tu. Hehehe ..... filem ni kalo x salah aku time aku kat UM. Abis kelas balik bilik cite ni lah aku carik.. sampai CD lagu pun aku ada sampai sekarang... sampai member bilik pun boring ngan aku tapi diorang tak kisah sebab aku sorang je ada komputer dalam bilik tu.. kalau diorang boring ngan aku silakan keluar dari bilik ini ada faham.. filem ini sangat best. aku suka melodi and songs2 dalam ni especially lagu last skali. diorg gabungkan berbelas2 lagu industan yang pernah hit dulu .. Aku suka Hritik Roshan , Kareena Kapor ngan Rani Mukherjee belakon.. tu yang feeling abis.. lagipun dari awal filem lagi aku memang nak sangat Hritik tu pilih Rani.. Ending yang aku suka ler aku minat...
Wednesday, March 4, 2009
Bergotong royong sambil makan...erm
Tengok tu aku buat air.. air teh o panas ngan air sirap.. tapi tak abis pun... tak sedap kot..hehehe.. kalau nak sedap order kat kedai misai kat tingkat 2 yer kawan2.. tak pun ajak yogesh datang buat air kat atas..hehehe
Hari ni menu petang.. makan sandwich FO special dan cucur udang...
Ni cucur udang yang aku masak... percaya tak? tak percaya sudah.. jamuan start kul 5 lebih so tiada sape nak join sebab berpusu2 nak balik walaupun waktu keje abis kul 5.30 .. so aku ler paling banyak melantak.. sebab letih buat keje...
KL menjerit dan aku pun menjerit..
KL menjerit.. banjir lagi.. dan akibatnyer semalam beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT berikutan hujan lebat sejak jam 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter. Sistem pengangkutan awam juga tergendala di mana sehingga sehingga jam 8 malam, orang ramai masih berpusu-pusu di perhentian bas dan stesen LRT untuk pulang ke rumah masing-masing. Rangkaian Pengangkutan Integriti Deras Sdn Bhd (RapidKL) pula menghentikan perkhidmatan di semua rangkaian perkhidmatan Kelana Jaya Line pada 6.09 petang berikutan terputus bekalan elektrik. RapidKL berkata perkhidmatan LRT akan terus tergendala sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya.Monday, March 2, 2009
Majlis kenduri kawin kat Rembau
Gambar ni masa tengah tunggu Nissa kat depan D. Donut kat tol Sg. Besi.. asalnya dah ada 3 kereta kat situ..alih2 tinggal 2 je yang masih setia tunggu Nissa.. kete dia buat hal lak masa ni.. dugaan,dugaan..sempatlah snap gambar masa dok tunggu2 tu..Tengoklah daripada kete depan tu sampai ke belakang kete aku ada lagi 2 kete yang nak pi umah Dilla.. kitaorang berkonvoi.. semua pakat tunggu lepas tol Pedas.. syok gak pi ramai2 sebab tak akan sesat nyer sebab abang Zenol tahu jalan nak pi sana.. so follow jerlah..
Sampai jer terus naik ke atas rumahnye pengantin perempuan ni.. nilah Dilla.. dah berubah menjadi permaisuri yang ayu... aku curik peluang bergambar ngan permaisuri Tengku Puan Dilla..cantiknyer ko Dil, bulat mata ko tak macam selalu..hehehe
Nilah gambar Tengku Puan Dilla ngan Tengku Ezally..sehari je tau gelaran ni kak ifa bagi.. tak tahan aku tengok Dilla cover muka nak senyum... tema pink..hari pink sedunia.. orang dah cantik pakai warna ape pun cantik gak..
Tak ketinggalan nak juga letak gambar Ala dalam blog ni..karang kata laki aku tak pi lak.. tapi biasalah lepas makan takde nyer nak tunggu lama2.. tengok tu dah kat luar pagar.. gelisah nak balik...--------------------------------
Window shoping kat Nilai 3
Balik jer dari rumah Dilla, aku ngan Ala singgah kat Nilai... saje je nak pergi Nilai 3.. dah lama tak pergi.. saje pusing2..singgah solat Zohor kat Surau tu..kitaorang masuk kedai keluar kedai sampai jemu.. survey harga.. konon nak beli, pegang2 je..last2 aku rembat kain pasang sehelai.. ingat nak buat pakai raya nanti..tengoklah camner.. nak beli tudung ekin tak jadi sebab tak tau nak pilih kaler ape.. boleh ke gitu? last2 dalam kul 4.30 petang kitaorang pun balik.. sampai kat rumah dalam kul 6 lebih.. lepas solat Asar, aku tertidor dalam kesejukan hujan petang..