Friday, August 26, 2011

Bingkisan Salam Syawal..


Sempena Syawal yang menjelang.... Kami sekeluarga memohon ribuan ampun maaf buat semua yang mengenali.. sama ada secara sedar ataupun tidak..tidak kira di alam nyata ataupun alam maya..Semoga semuanya bergembira menanti kedatangan Syawal yang indah ini.. kepada yang bercuti diucapkan selamat bercuti panjang dan pandulah dengan selamat pulang ke kampung bersama keluarga..

Aku tahun ni bersama keluarga kecilku akan pulang berhari raya di Kepala Batas, Penang dahulu bersama ibu, ayah dan adik2.. ketupat lemang sentiasa dirindui.. agak2nya boleh ker makan ketupat mak buat tahun ni.. almaklumlah tangan tak berapa ok lagi kan.. nak buat sendiri tak pandai.. pepagi raya biasanya bersalam-salaman dengan keluarga, makan2, pergi solat raya kat surau kampung, melawat kubur.. dah 2 tahun tak pergi menjengah pusara adikku Fadli.. semoga rohnya tenang dan aman di sana.. pahtu barulah menziarah saudara mara..sehinggalah ke malam..

Pepagi raya kedua akan berangkat pulang ke kampung sebelah suami kat Kampung Sungai Satan, Ayer Lanas, Kelantan.. so 2 kampung macam biasa lah.. tak berebut2 ikut giliran.. tetap balik .. makan tapai banyak2, ketupat manis, laksam, nasi kerabu.. fuhhh... terangkat..nak makan tu kenalah menziarah rumah sedara banyak2.. Dinie Irsyad.. jangan lupa kutip duit raya berbanyak.. So sabtu nanti Insyaallah akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur..

Tuesday, August 23, 2011

Bukak posa kat luar..

Sabtu petang baru ni, kitaorang berbukak kat luar.. sesama ngan kawan Ala serta anak isterinya.. setiap tahun berbukak bersama.. kali ni bertempat di Restoran Azmi kat Sentul.. menu utama tomyam seafood, telur bungkus, somtam , udang goreng tepung, ikan kembong 3 rasa dan kailan ikan masin.. tambah lagi dengan beli kuih muih kat PARAM.. rasanya ok ok jer..harga pun ok ok jer.. ok lah.. boleh lah nak kenyangkan perut.. Punyalah ramai kat restoran tu..

Yang bestnya kitaorang makan atas pondok.. duduk bersila lagi.. tahun lepas kitaorang pergi berbukak ngan sepupu Ala kat sini.. tapi tak dapat pondok sebab dah full booking.. sabtu tu dah booking dari kul 2 lagi.. so bila sampai makanan dan siap terhidang tunggu makan jer..


layan....

gambar blurr plak...

Dalam kul 8 blah dari situ.. balik singgah Jusco wangsa maju carik baju raya..

Basikal baruku..


Bapaku pulang dari kerja..
bapaku belikan basikal..
basikal kecil warna oren..
boleh ku bawa ke rumah ibu..

Sebelum posa lagi kitaorang belikan Dinie Irsyad basikal.. brtambah lagi harta kepunyaan Dinie Irsyad.. basikal tu Ala yang pilih..warna oren gitu.. mula2 excited lah naik.. pahtu lama2 dah tak sentuh pun.. sekali-sekala je naik.. dia lebih suka naik moto kecil yang kitaorang belikan kat Buketa sempadan thai ari tu..

motosikal warna merah kat belakang tu favorite dia..

suka hati ler..



Thursday, August 4, 2011

Bulan posa datang lagi..

Salam,,

Selamat berposa yer kengkawan.. hari ni hari ke4 kita berposa.. rasa cam tak caya kan.. mana tak nya.. ari2 berlalu macam tu jer.. hari pertama posa boleh tahan jugak sebab kena bangun awal pagi untuk sahur.. masak pun ringkas2 jer.. masuk keje kul 8 pagi balik 4.30 petang..

Untuk menu berbuka malas lak nak ambik gambar.. sebab banyak sangat makanan terhidang.. niat mulanya nak makan macam makan malam jer.. tapi bila pergi pasar ramadan mulalah nampak taring..lauk ni lauk tu semua nampak menarik.. nampak melambai2 jer suruh beli..ahaks..

Hari pertama posa kitaorang merayau kat PARAM Greenwood.. puas merayau hanya beli roti john ngan nasik berlauk ayam jer.. balik rumah jiran situ kasik onde2, jiran sini kasik spagetti.. akhirnya kekenyangan.. nasib baik tak banyak beli kan.. Hari kedua lak merayau kat PARAM Samudera.. jalan sana jalan sini terbeli kuih lepat liat 2 ketul yang tak sedap langsung, air soya panas, murtabak dan balik rumah masak nasik lauk sambal udang + petai.. wah wah..

Semalam plak merayau lagi kat PARAM Samudera.. berbuka ngan bihun sup, nasik berlauk untuk Ala, keropok lekor goreng, pengat pisang dan beli singgang daging untuk bersahur.. tambah kek pisang ada taburan coklat yang sedap ..nyum nyum bestnyer.. sahur plak cuma tmbah telor masin saja.. aku just minum milo + oat.. tapi yang tak bestnya ari ni asik cirit jer.. tu mesti makan nasik berlauk tu.. macam lauk semalam nyer jer.. lepas ni jangan dicoba lagi ke tempat nasik itu.. hahaha.. sahur ari ni Dinie Irsyad turut sama join.. posa ker tak kita tengok petang karang..

Cukup sudah.. ari ni, menu ape lak.. nanti difikirkan.. mcm nak masak jer nasik + ayam golek kat PARAM..