Thursday, March 31, 2011

Dinie Irsyad diserang asma..


Salam,

Hari ni si mama terpaksa lah el disebabkan Dinie Irsyad diserang asma. 2-3 hari lepas kena selesema tapi takdelah teruk sangat. Pagi ni lah yang teruk sebab nafas turun naik macam kena serang asma. Tido pun bunyik ..lepas je sms boss bagitau cuti, terus jer terjah klinik..1 klinik dengar suara jeritan si kecil yang sentiasa fobia nak masuk jumpa doktor.. macam tau-tau jer nak kena sedut gas.. ni dah kali ketiga lah kena sedut.. kali ni dalam kuantiti yang sederhana jer.. Dinie Irsyad ni walaupun sakit, tetapi lasaknya bolehlah tahan.. pengasuh datang rumah aku bagitau lah tak dapat hantar hari ni. Dia pun pelik nampak cam sihat tapi rupanya sakit..klu kita dok dekat baru tau nafas trmengah2.. klu dari jauh mcm sihat jer..

muka ceria jer kan masa nak pi klinik..

lari menyelamatkan diri...berulang alik ke pintu keluar

ni bekalan yang diberikan doktor..

lepas sedut gas, wajah kembali ceria..


sampai jer rumah carik motor..

oklah ,,, dah lepas balik klinik, nampak semakin kurang..harap2 takde lagi.. bolehlah pergi kerja balik..lepas tu cuti plak 2 hari..hooray..

Tuesday, March 8, 2011

Petang Ahad yang indah...

Salam,

Inilah first entryku untuk tahun ni... bermacam2 cerita berlaku tapi bizi jer memandang nak update blog.. so di kesempatan ini nak coret sikit berkenaan seseorang.. Zaman kanak2 aku dulu memang best.. aku ni adalah sorang best friend.. dok sebelah rumah jer kat kampung.. bila time nak main dialah aku carik.. Bila aku pindah, aku dah masuk sekolah menengah dia masih lagi darjah 6. Bila dah abis sekolah rendah dah tak jumpa.. masing2 meneruskan hidup masing2.. Dia muda setahun jer dari aku.. Last sekali 4 tahun lepas masa anak sulung dia kecik lagi.. tu pun sekejap jer..kat pasar Ramadan kat kampung.. Aku memang tercarik2 dalam FB so kitaorang berjumpa balik dalam FB jer..baru lah tahu perkembangan masing2..Baru2 ni masa balik Penang, dia datang rumah setelah baca status aku kat FB.. so terkejut giler.. dah lama tak jumpa kan.. Dia dah ada anak 2.. nama anak pun lebih kurang, Dina dan Dania.. so aku plak Dinie.. samakan.. Maksudnya Agamaku.. lepak2 jap, pahtu dah nak balik.. sekejap kan..so syokkan dapat bersua kembali.. thanks Zie sebab sudi lawat aku..hehehe

Actually tak berkaitan kan dengan tajuk blog aku petang ahad yang indah tu.. Cuma nak tunjukkan gambar Dinie Irsyad yang terbaru pergi go-kart..

sibuk nak posing atas kereta

gaya macam pro

sempat lagi tu pusing tengok kamera

apesal kete tak gerak ni.. takde minyak ker

ni lah tuan pnya kereta.. Dinie Irsyad just jadi pilot jer..

Setiap petang ahad ni alah aktiviti 2 orang budak tecit ni.. sorang belakang sorang duduk depan..Dinie Irsyad tumpang jer.. budak kecik sorang lagi tu Firdaus namanya..