Tuesday, December 30, 2008

Selamat Hari Lahir Mak

Hari Jumaat 26 Disember ari tu adalah hari lahir mak yang ke 45. Malam tu aku adik beradik Ilham, Hairi ngan Zuliana keluar pi carik kek.. Tapi kitaorang pi carik area Padang Serai.. banyak lah plak kedai kek tutup.. lupa lak ari tu Jumaat, Kedah cuti.. aku ni duduk sempadan Kedah dan Pulau Pinang.. So kalau nak pi carik barang aku selalulah pi sebelah Kedah.. Alih2 Am bawak kereta pi Pasaraya SELESA.. dulu masa aku sekolah tingkatan 6 kat Padang Serai tulah tempat aku berdating.. abis sekolah jumpa ex pakwe kat situ.. tu pun klu dia cuti semester.. student UTM. Tempat tu jugaklah aku selalu pi makan2 ngan member sekolah bila balik sekolah..

Pilih punya pilih terberkenan lah dengan sebijik kek coklat.. Hairi yang pilih kek tu.. mak sukalah.. katanya.. aku ikut jer.. aku ngan Ilham yang syer bayar.. murah ker mahal ker dia kata nak syer bayar.. lagi aku ikut jer.. Mak aku tak tau pun kitaorang beli kek.. sebab dia pi kenduri rumah mak sedara.. pagi esoknya barulah tengok ada kek dalam peti sejuk.. siap tanya lagi kotak apa hangpa tak dalam peti ni... punyerlah suka dia dapat kek tu.. tapi tak potong lagi kek.. lepas kitaorang balik karang baru potong.. so lepas pusing2 pulau tu, sampai jer rumah kitaorang pun buatlah upacara potong memotong dan mentakedara..hihihi..

Kek yang dibeli.. walaupun setengah kilo tapi banyaklah jugak sebab tak ramai pun famili aku..


aik! ayah pun sibuk gak ker nak potong kek... potong jangan tak potong..

tiup mak jangan tak tiup.. wish dulu..

aku pun tumpang sekaki.. besday baru lepas katakan...

nilah pemilih kek..Hairi namanya.. siap kiss tangan mak dan peluk mak lagi.. anak manja katakan..

Cuti2 di Tanjung

Hari Sabtu lepas Krismas tu, aku bersama2 Ala, ayah, mak dan adik naik Myvi pergi kenduri member Ala kat Dewan RECSAM kat sebelah Tanjung.. Sori, Tanjung tu maksudnya kat sebelah pulau.. klu kat Penang klu Tanjung tu merujuk kepada pulau di sebelah sana.. ish, ish, ish dah semakin canggih Pulau Pinang sekarang..Kitaorang naik jambatan bayar RM5.60 je sebabnya guna TNGo ayah.. dia memang beli kat jambatan tu.. sebab selalu berulang alik kat Pulau. Klu biasa kena bayar RM7.00. Balik kitaorang naik feri.. Beratur punyalah panjang.. ramai plak orang nak naik feri hari tu.. ni sebab cuti sekolah lah ni.. banyak plak tu plet kereta wilayah.. termasuk lah aku..hihihih.

Projek kat atas jambatan.. nak besarkan laluan...

Tu diaa.. Pulau Jerjak..

Sibuk tul jambatan ni.. sibuk ngan kereta, sibuk ngan projek

Member Ala ni nama Shariff. Dulu keje sekali kat SYABAS. Tapi rezeki dia dapat bertukar lak keje kat USM.. tu yang dapat anak mami sorang tu.. nak kata anak mami rupa cam biasa lak.. putih lagi dari aku.. ada taik lalat lagi.. tu yang jadi penyeri tu.. aku tak sempat ambik gambar pun. Gambar aku adalah.. Kenduri tu start pukul 12 tengahari.. Kitaorang sampai sebelum tu lagi.. tunggu lah kat depan dewan tu.. Dalam 12.30 perut dah mula berkeroncong mintak nasik.. berjumpalah tuan rumah. Kenduri tu sebelah perempuan, kitaorang ni jemputan pihak lelaki.. tapi si Shariff ni suruh kitaorang datang kenduri ni sebab rumah dia kat Langkawi.. so jauh tul nak pi kenduri kat Langkawi tu. Masuk je dewan tu, perkena nasik beriani, ayam tandoori, dalca, acar limau, acar timun, kurma daging dan macam2 ada.. kenyang beb...

Masa kat depan Dewan RECSAM.. tengah tunggu pengantin..

Tak abis2 bergambar..lambat tul pengantin mai..

Lepas je jumpa Shariff, bertolaklah kitaorang pusing pulau.. mula2 pi Kebun Bunga, lepas tu pi Batu Feringgi.. Punyalah lama dok kat Batu Feringgi tu.. ambik angin lah konon.. Siap makan2 lagi.. Lepas solat Zohor kat surau tepi pantai tu, singgah sebentar kat Padang Kota.. beli rojak menjerit tu 3 bungkus, air 3 kotak, dok tepi benteng tu makan rojak.. patutlah sedap.. namapun rojak menjerit lepas makan menjerit pedas!pedas!...hihihi


carik ape tu bang?????

sempat lagi berposing tu...senyum sikit mak!

Amboi sedapnyer makan rojak menjerit tu... mintak sikit leh?

Tengok laut ker tengok orang mandi ni..hihihi

laki aku ni asyik termenung jer.. teringat kat mek ngan ayoh ko?

Luasnya laut... masa kat Batu Feringgi.. betul2 depan The Miami, Batu Feringgi.. Bestnya tengok orang mandi laut.. klu bawak baju boleh mandi jugak nih..

Dalam kul 4.30 tu pi lah kat jeti nak naik feri balik ke seberang... beratur punyalah panjang.. masing2 nak merasa naik feri.. tambah plak Ala yang jarang2 naik feri.. macam rusa masuk kampung jer..tanya lak macam2.. aku pun bantailah jwp padahal aku tak tau jugak dia tanya ape.. lantaklah janji boleh naik feri.. Ingat lagi dulu2 naik pi pulau ngan Sue, Ija dan member Sue budak BM tu sorang.. masa tu baru tingkatan 5.. cuti sekolah.. balik asrama pi duduk rumah Sue kat Permatang Rawa, Bukit Mertajam..Naik bas lak tu.. Naik feri masa tu bayar 6 kupang ja. Boleh duduk atas sekali. Macam jakun gak sebab tak pernah naik feri tanpa kenderaan.. Sampai sana naik bas pi Komtar.. Pusing2 Komtar baru balik rumah.. Kenangan yang tak mungkin dilupakan..

nun jauh di sana jambatan pulau pinang, jambatan terpanjang di Malaysia..

yang tinggi tu plak aper? mesti laa KOMTAR…tempat untuk membeli belah baju, kasut, dan macam-macam lagi laa.. ia mempunyai 65 tingkat di mana menempatkan pejabat2 exco kerajaan negeri. Dulu aku pernah interview jawatan gov kat situ, tapi rezeki takde lak..

Tengok tu ramailah plak orang nak naik feri masa ni...
Hari tu aku naik feri Pulau Rimau.. nasib baik tak mengaum... lancar jer berjalan..hampir 20 minit gak lah naik feri..

Model tersohor berposing atas feri...orang tak pernah naik feri memang gitulah gayanya..hihihi

Masa balik tu, singgah sat kat rumah along yang baru kawin ari tu.. Dah lama tak jumpa..hampir 6 tahun atau lebih gak tak jumpa.. mula2 dia macam tak kenal aku.. almaklumlah dah semakin kembang..hihihi.. Lama gak berborak ngan makcik dan along.. Lepas tu baru balik rumah.. Seharian berjalan.. penat rasanya tapi berbaloi gak..

Balik Kampung@Penang Sempena Cuti Krismas

ish, lama sungguh aku tak update blog ni.. bizi memanjang.. actually takde bende nak cite.. last weekend baru ni aku balik kampung sempena cuti Krismas. Ambik cuti 1 hari Jumaat tu.. nak amik lama2 cuti dah abis..so 1 hari pun 1 harilah.. janji aku hepi..
Actually famili aku (mak, ayah, adik, makdak sekeluarga) datang dari Penang pada hari Sabtu 20/12 lagi.. sibuk tul aku seharian kat rumah dengan nak masak lagi nak prepare tempat tidur lagi..malam tu plak pi pekena satay kajang kat rumah sedara mak aku kat Sungai Ramal. Rumah dia betul2 dekat dengan restoran satay kajang haji samuri tu.. kitaorang sampai dalam kul 9 malam, satay dah siap sedia terhidang sekali ngan bihun goreng perisa tomyam.. first time tu rasa bihun tu.. sedap beb.. walaupun dah kenyang, bihun bertambah tau.. ngan satay nyer lagi.. bercucuk2 aku makan malam tu.. nak makan banyak2 malu ngan tuan rumah.. Esoknya famili aku bertolak ke PD, Melaka dan tidur kat Batu Pahat. Seterusnya pi rumah bapak sedara aku kat Keratong 1o Pahang. Tidur kat sana semalaman. Hari Selasa baru datang rumah aku balik.. sebabnya aku nak ikut diorang balik kampung. Asalnya nak tumpang ayah je, nantinya balik ler naik bas.. pi carik tiket bas untuk balik KL, hampeh dah takde pun yang tinggal untuk aku ngan Ala. Terpaksalah balik naik kete sendiri.. takpelah duit masih banyak.. beli kete tak pakai rugi plak kan..
Disebabkan kereta aku kosong, apalagi semua orang ambik kesempatan nak shopping lagi kat Mydin plak esok tu.. Hari Rabu tu aku ambik keluar 2 jam awal.. ayah datang ambik aku kat opis.. Alkisahnya diorang baru je lepas jalan2 kat Mydin Masjid Jamek tu.. borong sakan.. klu encik Mydin tahu lah sapa paling banyak menyumbang kekayaan kat dia, mesti famili aku yang dapat anugerah hari tu.. lepas ambik aku kitaorang pi jalan2 kat chow kit. Lepas tu pi kedai yang jual frame ayat Quran tu.. mak ngan mak dak beli tikar buluh sorang 1. Aku plak pilih frame ayat Quran nak bagi hadiah kat sorang adik yang kawin pada 14.12.2008 (masa besday aku) .. sori lah lambat bagi.. klu dia terbaca blog ni, sori ek..anyway tahniah dan selamat berbahagia..

Tunggu Ala balik keje dulu sebab ari tu dia keje sampai kul 7 malam. So bertolaklah malam tu dalam kul 9.00 malam . Before tu pi pekena nasik goreng kat Tmn Batu Muda restoren betul2 depan kwsn kubur Karak. Adik aku naik sekali aku.. kereta Avanza ayah dah tak muat nak duduk sebab penuh ngan barang. Syok gak berkonvoi malam tu.. Ala lak dah lama tak bawak kete malam2, so berhati2 lah jugak malam tu.. dah lah dengan hujan renyai2. Kereta lak laju2 kat jalan.. Dalam kul 10.30 berhenti jap rehat kat hentian rehat Tapah. Lepas tu berhenti lak kat hentian rehat Bukit Gantang.. bershopping lak buah2 kat situ.. jambu besar2 lak tu.. sepeket RM10. Mak plak nampak je petai terus rembat.. boleh masak sambal petai ngan ikan bilis.. sedapnya...
Sayup jer jalan.. time mengantuk giler nih... biler le nak sampai ni..
Dalam kul 3.00 pagi sampai kat Sungai Dua.. berhenti dulu rumah pak ndak.. pekena mee udang Sungai Dua yang femes tu.. pukul 3 pun pukul 3 lah... di tambah lak dijamu ngan kopi Hang Tuah...fulamak...kita rembat dulu mee udang walaupun mata dah mengantuk giler. Sampai jer rumah tido tak hengat dunia.. sedapnya mee udang ni...dah lah sedap free plak tu.. siap bungkus lagi balik rumah

Monday, December 15, 2008

Yesterday is my special day

Semalam adalah hari lahir aku. Aku sudah tua ya. Dah tua atau dah matang? kena fikirkan ni.. hihihi . Sebenarnya aku hampir lupa semalam hari lahir aku. Mak yang ingatkan. hihihi.. Siap telefon lagi malam tu. Tanya plak tahun ni tak de kek ker... Tengoklah nanti mak, birthday mak kan 26/12.. so kita sambut sekalilah.. boleh plak aku cakap gitu.. lagipun aku pun cuti hari tu.,.

Ni gambar masa birthday aku tahun lepas..

Terima kasih dan syukur kepada Allah S.W.T. kerana pada semalam aku masih lagi hidup dengan seadanya… Alhamdulillah…Hari ini merupakan hari lahir aku untuk tahun yang ke-30… tapi ikut bulan baru masuk 29 tau.. dan hadiah yang paling bererti sekali buat aku pada hari semalam ialah dapat sekali lagi menyambutnya bersama suami..Terima kasih abang kerana sudi bawak keluar semalam.. walaupun cuma makan malam biasa saja tapi di hari lahir tetap dianggap istimewa.. Semalam tak de lah ke mana pun.. dok kat rumah je.. keluar pun pergi NSK kat Selayang, beli ape yang patut kemudian balik rumah.. Petang tu plak pergi tengok Baby Naim kat Greenwood. Malam tu baru keluar pergi makan malam..

Terima kasih teman kerana mengingati hari istimewaku ini.. Doa-doa kalian diiringi jutaan terima kasih.. Yang paling aku bersyukur dengan ayat kalian, moga cepat dikurniakan cahayamata.. aku amat hargai..Insyaallah moga-moga aku akan dikurniakan cahaya mata secepat mungkin sebagai penyeri rumahtangga aku dan Ala.

Thursday, December 11, 2008

Menyambut Aidiladha di Kelantan

Salam Aidiladha, giliran beraya di Kelantan.. bangun pepagi Sabtu tu punyalah awal. Nak balik kampung katakan.. kitaorang bertolak dalam kul 7.30 pagi.. masa tu tak banyak sangat kereta.. berjanji dengan member Ala kat Tol Karak.. berkonvoi lah konon. Jalan tak berapa jem tapi sampai kat rumah mentua dalam kul 4.00 petang. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan. Penat tau bila dok lama2 dalam kereta tambah lagi driver aku tu.. tapi takde plak merungut penat.. aku tau sebabnya balik kampung sendiri.. tu yang excited lebih tu.. Orang dok cite kat Kelantan banjir, tapi aku tak nampak plak banjir kat kampung Ala.. ok jer.. mungkin kat tempat lain kot yang banjir.


Malam Ahad tu aku tolong mak mentua aku buat tapai. Esoknya baru buat ketupat. Tak sempat tolong pun buat ketupat sebab petang tu aku keluar pi rumah kak ipar kat Tanah Merah.. Rindu kat anak sedara lah pulak.. tambah lagi dekat si kembar tu.. Sampai je dijamu ngan laksam.. kak ipar aku tu memang rajin masak.. cakap je nak makan ape semua dia pandai masak.. malam tu anak2 sedara plak nak ikut balik umah tok mek diorang.. riuh rendahlah rumah mentua aku dengan anak2 sedara.


Hari Raya esoknya selepas solat raya, sempatlah bersalam2 memohon maaf sesama sendiri. Pagi-pagi lagi aku terjaga sebab dengar suara budak2 tu.. Pukul 5 pagi dah bangun nak mandi dan pakai baju raya.. budak2 katakan.. macam aku kecik2 dulu gak.. Bangun je aku terus col mak aku.. syahdu rasa bila dengar sore mak aku.. Dahlah adik beradik tak ramai, aku plak raya kat kampung suami lagilah sunyi rumah mak aku.. Siap ucap selamat dan mintak maaf lagi kat mak ngan ayah..
Sepanjang raya tu hujan memang lebat. Nak pi ziarah rumah sedara pun tak boleh..orang pun tak datang ziarah.. kiranya kuih, tapai, ketupat tu makan sendirilah. Hari raya kedua barulah cuaca ok sikit.. barulah berpeluang pergi 2-3 rumah sedara Ala. Setiap rumah yang kitaorang pergi mesti makan nasi dengan lauk daging korban. Sampai rasa melekat lemak2 daging tu dalam perut.. bayangkan klu 2-3 rumah dok jamu lauk daging je.. daging singgang ngan daging goreng.. menu tu je yang diorang masak. Sedap tu memanglah sedap tapi bila banyak2 rasa muaklah plak..hihihi

Aku cuti 2 hari lepaih raya.. hari Rabu baru bertolak balik ke KL. Dalam pukul 10.30 pagi bertolak, pukul 4.30 petang dah sampai. Puas lah hati sebab dah balik kampung.. Tengoklah nanti Krismas aku balik Penang plak.. Yea,yea,yea balik kampung...

Friday, December 5, 2008

Jamuan Besday Julai hingga Disember 2008

Semalam tak update blog. Sebabnya ada jamuan besday.. aku termasuk dalam senarai untuk dapat hadiah.. yang bestnya aku sendirik yang pi carik hadiah untuk diri sendiri..Hadiahnya yang aku dapat.. hadiah aku punya warna merah oren..
Dalam pukul 10.30 aku ngan Dilla pi CM.. zup zap sampailah kat CM. Meround 1 CM nak pilih hadiah ape berkenan..budget ciput jer tapi nak yang menarik.. kiranya setelah beberapa lama memilih ini yang berkenan.. Balik opis dalam pukul 1 lebih.. hidangan dah siap dihidang.. 2 sebab aku pi keluar sebenarnya nak teman Dilla dan 1 lagi melepaskan diri dari menjadi AJK makanan hari ni.. sori ek kak ros.. tak sengaja keluar tadi.. hihihi.. Makanan yang dihidangkan plak sedap2 sangat.. ada kek SR, spageti, buah2, nasik tomato Kak Nor, triffle (entah betul ke ejaannya) dan juga air sirap special.. bila dah melambak makanan dalam perut apalagi kerja pun dah malas. Tunggu nak balik jer.. Lambat jer nak pukul 5.30. Mata pun dah mengantuk.
Actually besday aku lambat lagi.. lagi beberapa hari je tapi takperlah sambut awal.. orang cakap maju ke depan..

Bebudak giler glamour

Pagi2 dah nak bergambor.. almaklumlah hari Jumaat ni Financial Operation ada pakaian khas... warna hitam hijau lagi.. Hari ni plak hanya 4 orang ni jer yang pakai uniform tu.. aku panggil uniform sebab nampak seragam jer.. cantik lak tu.. Disebabkan TM benarkan kakitangannya pakai jeans hari Jumaat, masing2 bergaya sakanlah.. tapi unit aku dah ada pakaian ni.. ditempah khas lagi.. setiap Jumaat wajib kena pakai.. tapi terpulang jugak kat individu nak pakai ke tidak.. tapi klu dah beli mahal2 tak pakai rasa rugilah plakkan.. so setiap Jumaat jer mesti uniform ni aku pakai.. Alkisahnyer klu pakai uniform ni klu naik tren mesti ada yang memandang.. nasib baik kat baju tu letak TM Sales & Services. Nampak ada standard sikit..hihihi
Pagi ni member opis aku nak bergambar.. siap suruh update dalam blog lagi.. skrg ni dah tak de mood nak wat keje, orang kata tak de mood sebab nak bercuti panjang..hihihi so aku ambik ler kesempatan update blog ni..

Balik Kampung

Pagi esok nak balik kampung.. Kelantan. Kampung Ala.. Dengar cite banjir tetapi Ala tetap nak balik jugak.. katanya kat area kampung dia tak banjir.. Nak wat camner terpaksalah ikut.. dah turn tahun ni Raya Haji balik kampung dia.. Excited gak sebab nak balik nih.. macam balik kampung sendiri lah.. Kat Kelantan memang meriah klu Raya Haji.. Tapi Raya Posa pun sama gak.. Meriah jugak walaupun hari raya kedua baru balik Kelantan..

Tahun ni Raya Posa kat kampung aku di Kepala Batas Penang.. turn tahun ni spttnya raya kat Kelantan tapi Ala nak raya kat Penang dulu.. Tak pelah tak kisahlah.. janji dua2 kampung kitaorang balik.. Tulah bila dah kahwin negeri jauh2 ni kenalah bertimbangrasa.. jangan lak asyik gaduh nak balik kampung masing2.. tak pasal2 plak raya sendirik-sendirik..

Nanti lepas balik kampung aku update lagi dalam blog nih..

Wednesday, December 3, 2008

Gelora Di Hati Sara


Aku suka cerita ni.. Romantik jer Rosyam Nor ngan Fauziah Latif.


Kisahnya begini ....Gelora Di Hati Sara bermula dengan kepulangan Asrul dan Sara yang baru menamatkan pengajian dari luar negara ke Malaysia. Di luar pengetahuan keluarga masing-masing, mereka sebenarnya sudah bernikah namun perkara itu terpaksa disembunyikan kerana bimbang sikap keluarga Asrul terutama ibunya, Datin Maria yang tidak suka anak berkahwin dengan pilihan sendiri. Apatah lagi ibunya menghidap penyakit jantung.Asrul meminta Sara bersabar dengan situasi mereka itu yang terpaksa menjalani kehidupan suami isteri secara sembunyi. Namun kesabaran Sara ada hadnya apatah lagi apabila membayangkan tempat isteri adalah di sisi suami. Sara mula mencari jalan bagaimana mahu mendampingi Asrul. Kebetulan syarikat keluarga Asrul berdepan dengan kes saman daripada sebuah syarikat pelanggan.Hinggalah Sara dilantik syarikat bapa Asrul, Datuk Taufik untuk mengendalikan kes itu. Kehadiran Sara itu mengejutkan Asrul yang begitu bimbang Sara akan membongkar rahsia perkahwinan mereka. Sebaliknya Sara bersikap selamba dan hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.
Dalam diam, Diana adik perempuan Asrul turut menyembunyikan rahsia konflik yang berlaku dalam rumah tangganya bersama Zaidi. Zaidi pula ialah menantu pilihan Datin Maria. Namun malang bagi Diana, apabila Zaidi suka menderanya tetapi Diana takut untuk mengadu kepada keluarganya. Tambahan pula di depan keluarganya, Zaidi mempamerkan sikap sopan santun dan menyayangi isterinya itu.Hakikatnya Zaidi yang diberikan kepercayaan menjawat jawatan penting dalam syarikat Datuk Taufik menggunakan kesempatan untuk mengaut keuntungan di belakang ayah mentuanya itu. Kehadiran Asrul dalam syarikat pula menimbulkan rasa kurang Zaidi kerana kegiatan jahat secara senyapnya terganggu. Begitu juga dengan kehadiran Sara yang ditugaskan Datuk Taufik menyelesaikan masalah syarikat.Kejayaan Sara mengetepikan kes saman tersebut menggembirakan Datuk Taufik yang kemudiannya melantik Sara menjadi peguam syarikatnya. Dalam diam Sara menyimpan dua misi iaitu untuk mendampingi suaminya dan menyiasat sesuatu yang dirasakan tidak kena pada Zaidi.Sementara itu, Datin Maria begitu beriya-iya mahu menjodohkan Asrul dengan Tengku Marina, anak Tengku Malik kenalannya. Perkara ini menimbulkan perasaan kurang senang di hati Asrul yang menempatkan dirinya dalam dilema kerana dia menyintai Sara sepenuh hati tetapi pada masa sama perlu memenuhi hasrat ibunya yang tidak sihat itu.Datuk Taufik pula dalam diam menyimpan hati terhadap Sara.

Tu je panjang lebar aku cerita... syok tak terkata... kira jiwang abis lah bila tengok cite ni.. Klu nak tahu lebih lanjut tengoklah RTM.. Dalam ASTRO tak der tau...hihihihi